Gangguan bekalan air tidak berjadual sekitar Lembah Klang - Air Selangor


Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan hari ini berkata, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor, pada 7 malam ini.

“Sehingga 8 malam, bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton. Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

“Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan kepada para pengguna dari semasa ke semasa. Dalam tempoh itu, pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat,” katanya.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.