Ibu berperanan dalam Melahirkan Generasi yang Sihat
Para Ibu memainkan peranan penting dalam merancang menu sihat bagi semua ahli keluarga khusunya kanak- kanak.Ini kerana masa makan adalah masa untuk anak anda beristirahat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah.
Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.
Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?
- Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
- Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
- Untuk mengurangkan pilihan makanan berulangdan tidak membosankan kanak-kanak.
- Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
- Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.
- Merancang menu juga bagi melahirkan kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Sumber: MyHealth
Post a Comment