Dasar baharu industri elektrik akan diumumkan April ini
Dasar baharu industri tenaga elektrik negara akan diumum April ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Bee Yin berkata, dasar baharu itu antara lain akan melonjakkan industri tenaga elektrik untuk lebih berdaya saing serta menstabilkan tarif elektrik untuk tempoh jangka panjang.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas sama ada dasar baharu itu bakal memecah monopoli Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam industri tenaga elektrik negara.
“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana dasar baharu ini sedang diperincikan dan tunggu pengumuman oleh kerajaan April nanti.” - Berita Harian
Post a Comment