Tampil ke hadapan jika mempunyai idea baharu - Gobind Singh


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersedia mendengar daripada mana-mana pihak, termasuk kumpulan B40 dan M40, dan membantu mereka dengan idea dan cadangan baharu dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kementerian dan agensinya, seperti Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan meneliti cadangan tersebut dan kemudian memutuskan tentang cara untuk membantu kumpulan ini daripada pemandu teksi kepada peneroka FELDA dan petani untuk merealisasikan idea mereka dengan memperkenalkan apa-apa aplikasi atau menambah baik model perniagaan semasa mereka. - Bernama
Powered by Blogger.