Jangan jadi mangsa 'Sextortion', klik dengan bijak


'Sextortion'  merujuk kepada pemerasan menggunakan bahan seksual dari mangsa.

Modus operandi sasaran ini adalah dengan menggunakan profil media sosial wanita/lelaki luar negara yang mengghairahkan, seksi dan berminat untuk berkenalan dengan mangsa. Suspek akan mula menghubungi mangsa melalui Instagram, Tumblr, Facebook dan lain- lain.

seterusnya, mereka akan mula berkongsi gambar-gambar yang boleh menggetarkan naluri mangsa sehinggalah perbualan melibatkan seksual. Suspek kemudiannya akan meminta mangsa untuk berhubung melalui aplikasi Skype bagi membolehkan video call dibuat.

Mangsa dan suspek akan saling bertukar aksi melalui panggilan video tersebut dan tanpa sedar suspek telah merakam segala aksi mangsa di hadapan komputer.

Setelah beberapa kali berhubung, suspek akan mengugut mangsa untuk menyebarkan video tersebut untuk mendapatkan wang atau mendapatkan lebih banyak video dari mangsa.

sebagai seorang netizen yang berhemah dan bijak, orang ramai dinasihatkan supaya jangan melayan panggilan yang mencurigakan, tidak berurusan dan mendedahkan apa jua maklumat peribadi kepada mana-mana individu yang tidak dikenali. 

Apabila anda menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali, jangan melayan panggilan tersebut. Elakkan diri daripada ditipu. Ingat, Jika dah terkena, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis berhampiran. Netizen haruslah sentiasa berwaspada dan klik dengan bijak. - PDRM



Powered by Blogger.