Kanak-kanak 4 Tahun Maut Akibat Main Telefon Selepas Mandi
kejadian kanak-kanak maut akibat
renjatan dari kabel pengecas telefon bimbit semakin serius. Berita sedih
mengenai kejadian ini berlaku di Pasir Mas, Kelantan.
Sewaktu kejadian, Nur Fadila yang
berumur 4 tahun baru selesai dimandikan bapanya yang kemudian masuk semula
kedalam bilik air untuk mengambil tuala. Selang beberapa minit si bapa
terdengar bunyi benda jatuh, dan apabila dia masuk ke dalam bilik di melihat
tubuh Fadila sudah kaku dan kebiruan.
kes kematian yang dilaporkan akibat
menggunakan telefon pintar yang sedang di cas dalam keadaan badan yang basah.
Kejadian tersebut dikongsi oleh ibu
saudara mangsa di facebook untuk memberi peringatan kepada ibu bapa agar
mengawasi anak-anak ketika mereka bermain dengan telefon pintar. Kanak-kanak
zaman sekarang memang tidak lekang dari smartphone dan tablet, tambahan pula
raya semakin dekat, ibu bapa menjadi semakin sibuk dan leka.
Cikna berkata, kejadian dipercayai
berlaku hanya beberapa minit selepas mangsa yang dikenali sebagai Aishah baru
selesai dimandikan oleh bapanya.
Cikna juga memberitahu, bapa mangsa
menarik anaknya menggunakan kain untuk melepaskan pegangan tangannya dengan
pengecas telefon berkenaan.
Namun, semuanya sudah terlambat
apabila mangsa sudah tidak bernyawa.
Menurut Cikna, anak sepupunya itu
sememangnya suka bermain dengan telefon bimbit, namun tidak menyangka ia
berakhir dengan tragedi.
Kejadian itu katanya, diratapi seluruh
ahli keluarga yang masing-masing teruja untuk menyambut ketibaan Aidilfitri
beberapa hari lagi.
Dalam pada itu, Cikna mengingatkan
orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai bahaya pengecas telefon yang
dibiarkan tidak ditutup.
“Kita tidak nampak bahaya di
sekeliling kita, walaupun ia nampak remeh hanya mengenai cas telefon, tapi ia
mengundang maut,” ujarnya. -INFOSEBENAR.COM
Post a Comment