Pembonceng maut, penunggang parah


Pembonceng maut, manakala penunggang parah selepas motosikal mereka terbabas di Kilometer 220 Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi tadi itu, M Athi Shangaran, 25, mati selepas motosikal yang ditunggangi rakannya, A Ramesh, 25, terbabas ke kiri lebuh raya, sebelum mereka terjatuh.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata mereka dalam perjalanan dari arah Rembau, Negeri Sembilan ke Alor Gajah.

"Kira-kira jam 7.40 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menerima panggilan daripada peronda PLUS yang memaklumkan kemalangan maut membabitkan motosikal terbabas.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Alor Gajah," katanya di sini hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

Katanya, ketika kejadian cuaca baik, manakala keadaan lebuh raya juga baik dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Berita Harian

Powered by Blogger.