Hak dan pilihan beli ada pada pengguna kerana...
Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.
Kesedaran terhadap hak sebagai pengguna penting supaya anda ketahui kuasa yang anda ada sebagai pengguna, contohnya untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau berbahaya dan hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Sumber: KPDNHEP
Post a Comment