Plastik Mikro: Ancaman hidupan laut


Kita sering didedahkan dengan kemajuan teknologi dan perindustrian selaras dengan arus pemodenan dunia. Namun, disebabkan oleh kemajuan dan pembangunan ini, kepentingan alam sekitar seolah-olah dilupakan dan terabai. 

Habitat flora dan fauna semakin terjejas disebabkan oleh perindustrian yang berlaku tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang mungkin terjadi kepada alam sekitar.

Pelbagai proses dan aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa, rawatan sisa dari pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran plastik yang berleluasa. 

Dianggarkan lebih kurang 240 tan plastik digunakan setiap tahun. Ekosistem marin merupakan ekosistem yang mendapat impak terbesar hasil daripada pencemaran plastik yang tidak terkawal ini.

Sumber: Majalah Sains
Powered by Blogger.