Wan Azizah terima kunjungan hormat Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, Mohammed Al-Tuwaijri, di Bangunan Parlimen.
Pertemuan 11 pagi itu antara lain membincangkan pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.
Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah cadangan mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Keempat Malaysia-Arab Saudi yang akan menumpukan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Kali terakhir JCM Malaysia-Arab Saudi diadakan adalah pada 2004. - Berita Harian
Post a Comment