Jangkitan Seksual (STIs)


Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang.Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.
Bagaimana jangkitan STIs berlaku

Anda boleh mendapat STIs dari mereka yang dijangkiti melalui :
  • Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan samada melalui vagina, dubur atau seks oral
  • Ciuman
  • Menyentuh kawasan yang dijangkiti
  • Berkongsi jarum (AIDS dan Hepatitis B)

Bagaimana melindungi diri daripada jangiktan STIs
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks yang tidak sihat.Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
  • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
  • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

Apakah tanda dan gejala STIs?

Wanita mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk. Ini termasuklah :
  • Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Ulser di mulut atau alat kelamin
  • Gatal pada kawasan kemaluan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Bengkak pada pangkal peha
  • Kulit yang berkutil atau berketuat
Sumber: MyHealth
Powered by Blogger.