Bantuan Kecemasan untuk Kecederaan Sewaktu Melakukan Senaman
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Cara mendapat kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan semasa bersukan biasa semasa menjalankan aktiviti sukan lasak atau aktiviti sukan.Kecederaan terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
• Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.
• Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang professional.
Prinsip asas ialah RICE.
R – ‘R’Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I – ‘I’Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C – ‘C’Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E – ‘E’Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Sumber: MyHealth
Post a Comment