Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6
Keputusan pentas akhir
musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama,
dua peserta diumumkan juara bersama iaitu Hady Mirza dan Naqiu.
Pada pertandingan yang
disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di
sini, malam tadi, Hady dan Naqiu meraih wang tunai RM100,000 dan trofi.
Hady dan Naqiu turut
memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang
tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.
Vokalis kumpulan Black
Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang ketiga. Sebagai ganjaran, Jatt menerima wang
tunai RM30,000 dan hadiah lain.
Nurfatima menduduki
tempat keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
Persembahan peserta
peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman.
Hadiah disampaikan
Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan
Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlun Reza
Azmi.
Pentas akhir GV6
dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. - BERITA HARIAN
Post a Comment