Malaysia secara konsisten duduki senarai 10 destinasi utama pelancongan - KSN

Malaysia telah membuktikan keupayaannya dalam industri pelancongan dengan secara konsisten menduduki senarai 10 destinasi utama pelancongan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menurut kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook beliau hari ini, sektor pelancongan Malaysia dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang utama kepada kejayaan ekonomi negara seiring dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 29 tahun lalu.

Selain itu, ia juga dinyatakan dalam Tonggak 3 Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu Menuju ke arah Pembangunan Wilayah yang Seimbang.

Oleh itu, dengan pelancaran Logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 yang baharu, ia akan menjadi salah satu mekanisme untuk menarik lebih ramai pelancong dan secara tidak langsung melonjakkan industri pelancongan domestik dan mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.