Ubat Titis Mata Tidak Menyembuhkan
Seorang wanita dalam usia 20 an dirujuk ke klinik mata untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami masalah penglihatan sejak beberapa bulan lalu.
Ubat titis yang dikatakan dapat menyembuhkan rabun jauh itu telah digunakan selama beberapa bulan, 2 kali setiap hari.
Pemeriksaan lanjut mendapati tekanan bebola matanya cukup tinggi! Tekanan tinggi ini menyebabkan saraf mata terhimpit dan menjejaskan penglihatan.
Ubat titis mata yang kononnya merawat rabun jauh itu sebenarnya adalah cecair steroid. Penggunaan ubat mata yang mengandungi steroid tanpa kawalan menyebabkan masalah Steroid Induced Glaukoma - buta berkekalan yang penuh kekesalan.
Sekiranya ada mana-mana pihak yang mendakwa ubat titis mata mampu merawat dan menyembuhkan masalah mata seperti katarak, selaput mata, rabun jauh dan dekat...ketahuilah ia adalah PENIPUAN semata mata. - Public Health Malaysia
Post a Comment