Keluar 200 notis aduan Whatsapp
kesalahan menggunakan
lorong kecemasan antara lebih 200 notis dikeluarkan terhadap pemandu sejak Op
Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 29 Mei lalu.
Ketua Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shahruddin Khalid berkata, kesalahan lalu
lintas berkenaan dikesan berdasarkan aduan yang diterima menerusi aplikasi
WhatsApp.
“Selain itu turut
dikesan ialah kesalahan pemandu bas yang memandu di lorong kanan tanpa menukar
lorong dan memandu melebihi had laju.
“Harus diingatkan
hanya penumpang kenderaan sahaja dibenarkan untuk merakam atau mengambil gambar
sebelum ianya dilaporkan kepada pihak kami menerusi WhatsApp,” katanya pada
sidang media di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan
Pengarah Penguatkuasa JPJ, Abdul Razak Alias dan Ketua Penolong Pengarah Kanan
Operasi, Adenan Mat Isa.
Shahruddin berkata,
JPJ juga mewujudkan sekretariat aduan beroperasi selama 16 jam sehari bermula
jam 8 pagi hingga 12 tengah malam kecuali Hari Raya Aidifitri.
“Bagaimanapun harus
diingatkan aduan yang dihantar perlu lengkap dengan menyertakan tarikh, masa,
lokasi, gambar dan nombor pendaftaran kenderaan.
“Pada Op HRA 2018
lalu, JPJ menerima sebanyak 288 aduan tidak lengkap daripada orang
ramai,”katanya.
Sementara itu,
sepanjang Op HRA tahun ini yang bermula sejak 29 Mei lalu sehingga kelmarin,
JPJ sudah memeriksa 34,595 kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 21,948 notis
saman.
Katanya, ini
menunjukkan kadar pematuhan terhadap undang-undang jalan raya semakin
meningkat.
“Operasi ini akan
berlangsung selama dua minggu sehingga 13 Jun depan dan membabitkan lebih 4,000
anggota penguat kuasa.
“Selain itu, JPJ juga
menguat kuasakan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan berat bermula 1
hingga 3 Jun dan 8 Jun hingga 9 Jun ini,” katanya.
Sebarang aduan trafik
boleh disalurkan kepada talian JPJ menerusi WhatsApp 013-4498997 atau emel
ke aduantrafik@jpj.gov.my.
HARIAN METRO
Post a Comment