Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama lancar



Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, manakala dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora berlaku kesesakan, akibat kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam longkang di kilometer 259.7 arah utara.

“Bagaimanapun kemalangan tersebut telah selesai dan kenderaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Perjalanan balik kampung akan lebih lancar sempena Aidilfitri ini jika orang ramai mengikuti cadangan waktu perjalanan menerusi aplikasi PLUS

Orang ramai boleh dial Talian 'Hotline' Lebuhraya Bertol seluruh negara untuk sebarang bentuk bantuan & kecemasan sempena musim perayaan Aidil Fitri 2019



Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Powered by Blogger.