Pencemaran plastik menjejaskan 267 spesis hidupan laut


Pencemaran alam sekitar terutama berpunca daripada produk berasaskan plastik dikhuatiri meningkat pada kadar yang amat membimbangkan.  Berbeza dengan sifat sisa bahan bukan organik lain, plastik mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula jadi.

Bergantung kepada komposisi dan struktur kimia­nya, ada jenis plastik yang mengambil masa sehingga 400 tahun untuk terurai.  Walaupun secara dasarnya plastik boleh dikitar semula, apabila dibebani dengan pelbagai kos tambahan seperti pengumpulan dan pembersihan, proses ini tidak menjadi keutamaan industri.

Dikatakan hanya sembilan peratus plastik dikitar semula daripada 6.3 bilion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada 1950-an.  Lebih memburukkan keadaan, setiap tahun, dianggarkan sehingga lapan juta tan metrik sisa plastik memasuki sistem perairan dunia dan berakhir di lautan.  Pencemaran ini menjejaskan fisiologi kehidupan marin yang mungkin memberi kesan jangka panjang.

Katakan TIDAK kepada plastik pakai buang. Anda mampu mengubahnya.
Powered by Blogger.