Senaman Menyeronokkan jika Dirancang dengan Baik


Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.

Untuk mencapai tahap senaman yang unggul, perlu diingatkan prinsip FITT (kecergasan) dan senaman yang berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Apakah itu prinsip FITT (kecergasan)?
  • F – Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.
  • I – Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung.
  • T – Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan).
  • T – Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan.

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala. Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.

Sumber: My Health
Powered by Blogger.