Lelaki curi kabel maut kena renjatan elektrik
Penemuan mayat itu dilaporkan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada polis pada jam 1.39 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mayat ditemui oleh pegawai teknikal PLUS yang ke lokasi bersama kontraktor untuk mengukur kabel yang hilang untuk tujuan sebut harga dan penyelenggaraan.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.
"Pasukan Forensik Polis Selangor yang menjalankan pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan akibat perbuatan jenayah pada tubuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa kabel, fius dan wayar dipotong dan hilang.
"Kita percaya mangsa menjalankan kegiatan mencuri kabel di sekitar lebuh raya berkenaan dan terkena renjatan elektrtik.
"Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut" katanya. - BERITA HARIAN
Post a Comment