Redmi Note 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019


Redmi hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Redmi Note 7 secara rasminya di Malaysia pada 19 Mac 2019 kelak. Pengumuman ini selari dengan apa yang tertiris pada minggu lepas.

Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan lagi. Menariknya, melalui perkongsian di laman sosial pihak Xiaomi, mereka memberikan petanda yang mana Redmi Note 7 Pro akan memasuki pasaran tempatan, tetapi dikenali dengan nama Redmi Note 7.



Sekiranya benar, maka kita akan melihat versi Snapdragon 675 hadir ke pasaran tempatan dengan sokongan kamera belakang 48-megapixel yang menggunakan sensor Sony dan bukannya Samsung. Redmi juga dijangka akan menawarkan sokongan jaminan sehingga 18 bulan untuk peranti keluaran mereka.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini dalam masa dua minggu lagi untuk mengetahui lanjut variasi apakah yang akan ditawarkan oleh pihak Redmi untuk pasaran tempatan. - Amanz
Powered by Blogger.