Beri maklumat kepada LHDN jika derma 10,000 dan ke atas


Mengikut garis panduan baharu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas perlu dikemukakan kepadanya.

Garis panduan baharu itu menggantikan garis panduan bertarikh 15 Mei 2019 dan berkuat kuasa mulai 5 September.

Ia mengambil kira saranan Menteri Kewangan bahawa hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas perlu dikemukakan kepada LHDN, berbanding maklumat yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan.

LHDN turut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan menerusi subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 supaya mematuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam garis panduan berkenaan.

“Ini bagi mengelak status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh ketidakpatuhan,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436. 

-- BERITA HARIAN
Powered by Blogger.