Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka, di Istana Negara di sini semalam.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang bermula pada pukul 3 petang itu dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, duta-duta asing, pegawai kanan kerajaan serta penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan musikal oleh orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasangan diraja itu turut berkenan meluangkan masa hampir 45 minit bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan.

Majlis itu diakhiri dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka.

--BERNAMA
Powered by Blogger.