Malaysia kini pengeksport minyak sawit terbesar ke India


Malaysia bakal mengatasi Indonesia sebagai pembekal utama minyak sawit ke India, tahun ini, ketika New Delhi mengenakan cukai import lebih rendah terhadap minyak sawit bertapis dari Malaysia yang memberikan Kuala Lumpur kelebihan berbanding Jakarta, menurut pegawai perdagangan.

Peningkatan penghantaran minyak sawit bertapis akan membantu syarikat penapis minyak Malaysia dan mengurangkan simpanan di negara pengeluar kedua terbesar dunia itu, namun menjejaskan syarikat penapis minyak India yang mengimport minyak sawit mentah.

India adalah pengimport minyak sawit terbesar dunia.

Januari lalu, New Delhi mengurangkan duti import terhadap penghantaran minyak sawit daripada 54 peratus kepada 50 peratus, namun duti ke atas Malaysia adalah 45 peratus sahaja ekoran Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif yang dimeterai kedua-dua negara, sedekad lalu.

Kelebihan duti itu membantu Malaysia meningkatkan perkongsian pasarannya dalam import minyak sawit India kepada 52 peratus untuk suku pertama 2019 berbanding 30 peratus pada 2018, kata pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Mohd Bakke Salleh.

“Kami menjangkakan perkongsian pasaran ini kekal sama pada separuh kedua tahun ini,” katanya. - Reuters / Berita Harian
Powered by Blogger.