'Datuk' ditahan didakwa cabul 3 wanita semasa temuduga kerja
POLIS menahan seorang individu bergelar 'Datuk' di Ipoh kerana didakwa mencabul tiga wanita semasa sesi temuduga kerja di pejabatnya di Jalan Sultan Nazrin Shah.
Lelaki berusia 65 tahun itu ditahan di kediamannya di Rapat Setia pada Selasa, kira-kira pukul 12.45 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat yang mengesahkan penahanan itu berkata, insiden dipercayai berlaku pada Isnin (29 Julai) pada pukul 7.45 pagi, 12.30 tengaj hari dan 4.30 petang.
Mazuki berkata, ketiga-tiga mangsa mendakwa ahli perniagaan berkenaan melakukan tindakan kurang sopan terhadap mereka.
"Salah seorang mangsa mendakwa lelaki tersebut memegang tangannya, bahu dan cuba mencium pipi.
"Seorang lagi berkata, lelaki itu memeluknya dari belakang sehingga dapat merasakan terkena bahagian kemaluan lelaki itu. Dia juga didakwa mencium bahagian leher, dahi dan pergelangan tangan," katanya dalam satu kenyataan.
Mazuki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
"Keterangan lelaki itu telah diambil dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya. - The Star / mStar Online
Post a Comment