Lelaki Bangladesh dicekup raba remaja lelaki


Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh melakukan gangguan seksual dengan memegang kemaluan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun membawa padah selepas dia ditahan dalam satu kejadian di Pasar Seni di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.55 malam itu, mangsa difahamkan bersama ahli keluarganya mengunjungi kawasan tersebut untuk membeli belah dan ketika kejadian bapa mangsa sedang menjaga adiknya sementara ibu mangsa sedang solat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah ditegur oleh suspek untuk mencuba baju kemeja yang dijualnya.

“Namun, ketika mencuba baju tersebut, suspek secara tiba-tiba telah memegang kemaluan mangsa sebelum menunjukkan isyarat mahu menghisapnya.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian telah melarikan diri sebelum memaklumkan kepada ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Mengulas lanjut, ahli keluarga mangsa kemudian telah menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Bertindak atas laporan, anggota polis kemudian telah berjaya menahan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” jelasnya. - K! ONLINE
Powered by Blogger.