Tips Keselamatan Kepada Kaum Hawa.
Golongan wanita perlu sentiasa waspada terutama ketika bersendirian di luar. Golongan wanita ini juga perlu melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya dalam menangani sebarang ancaman jenayah.Tips berikut dapat membantu menjaga diri.
- Beritahu ahli keluarga destinasi, dengan siapa,nombor telefon dan masa anda akan pulang.
- Biasakan diri menggunakan jalan yang terang dan ramai orang.
- Sekiranya disedari anda diekori, segera bergerak ke tempat orang ramai dan selamat seperti Balai Polis.
- Elakkan meletak kenderaan di kawasan / lorongan yang gelap dan sunyi.
- Elakkan diri daripada tempat- tempat sunyi dan berseorangan
- Minta bukti pengenalan diri jika ada yang disyaki menyamar
- Pastikan barangan berharga seperti beg tangan dipegang dengan cara yang selamat.
Post a Comment