Kemaskini maklumat pesara/tanggungan berumur 70 tahun ke atas bagi tujuan pembayaran pencen


Adakah anda menerima mesej yang sedang viral berkenaan Pengemaskinian Maklumat Pesara/Tanggungan Berumur 70 Tahun dan Ke Atas Bagi Tujuan Pembayaran Pencen seperti di gambarajah ini?

Berikut merupakan maklum balas ke atas surat yang sedang viral ini:

Ia hanya melibatkan sebahagian kecil pesara yang memerlukan pengemaskinian rekod bagi memastikan akaun pencen mereka aktif.

Mereka yang menerima surat daripada KWAP/JPA secara pos sahaja yang perlu kemaskini maklumat masing-masing. Bagi anda yang terlibat, anda hanya perlu mengemaskini maklumat dan mengemukakan maklum balas kepada pihak KWAP/JPA sepertimana keterangan surat tersebut.

Jika pihak KWAP tidak menerima maklum balas daripada pihak penerima (pesara/penerima pencen) dalam tempih masa yang ditetapkan di dalam surat tersebut, barulah pihak kami menghentikan secara SEMENTARA pembayaran pencen tersebut bagi memberi ruang kepada semakan yang lebih terperinci dibuat.

Bagi anda yang tidak menerima apa-apa surat daripada KWAP/JPA, tidak perlu risau dan khuatir kerana ia tidak melibatkan anda. - BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN (PENCEN)
Powered by Blogger.