Michelle Yeoh Sah Akan Membintangi Sekuel ‘Avatar’


Michelle Yeoh sah akan membintangi sekuel filem Avatar yang dijangkakan akan menemui penonton pada tahun hadapan. Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Michelle Yeoh menerusi laman sosial Instagramnya.

Justeru itu, beliau berasa teruja untuk bekerjasama dengan James Cameron dan menjadi sebahagian daripada franchise Avatar.

Untuk pengetahuan anda, watak yang selalu dibawa oleh beliau memiliki karakter tersendiri dan unik serta sering berjaya membuat penonton mengingati lakonannya. Antara filem yang pernah beliau bintangi adalah Crazy Rich Asian, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi.

Pastinya berita ini membanggakan buat kita rakyat Malaysia. Tahniah Michelle Yeoh. - The Vocket
Powered by Blogger.