Lebih 13,000 pengguna data peribadi berdaftar


Seramai 13,739 pengguna data peribadi telah berdaftar di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) setakat Februari lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata kegagalan untuk mendaftar di bawah Akta 709 merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda RM500,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi mematuhi Akta 709 dengan lebih cekap dan efisien serta sesuai dengan lokasi perniagaan, setiap pengguna data akan membangunkan kod data amalan dan kod praktis bagi memastikan setiap pengguna data mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.