Jangkitan jejaskan kualiti penjagaan kesihatan di hospital


Jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI) merupakan salah satu daripada ancaman besar yang menjejaskan kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit di hospital di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata NCAI ada kaitan dengan rintangan antiotik yang menyukarkan proses penyembuhan atau rawatan menjadi kurang berkesan.

“Akibatnya, kita terpaksa menghadapi soal pesakit yang terpaksa tinggal lebih lama di hospital, ketidakupayaan jangka panjang, kematian yang boleh dicegah dan peningkatan rintangan terhadap antimikrob,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kawalan Pencegahan Jangkitan dan Hari Kebersihan Tangan peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Lee berkata bersadarkan data kebangsaan pada tahun lepas kelaziman jangkitan berkaitan kesihatan semasa tinggal di hospital ialah 4.5 peratus daripada 100 kemasukan di mana Pneumonia, Transfusi Darah (BSI) dan Infeksi Tempat Bedah (SSI) adalah tiga diagnosis teratas semasa tinjauan.

Berdasarkan bagaimana organisme itu tersebar, beliau percaya pencegahan adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal penyebaran mikroorganisma berkenaan

Cara yang paling kos efektif untuk mencegah HCAI adalah menerusi kebersihan tangan dan kementerian juga mempunyai beberapa program latihan kebersihan tangan untuk melatih lebih ramai pekerja penjagaan kesihatan mengenai pentingnya kebersihan tangan dalam penjagaan kesihatan, katanya.

Acara dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman HCAI dan rintangan anti-mikrob (AMR) yang semakin meningkat untuk memastikan kakitangan penjagaan kesihatan memahami peranan mereka dalam pencegahan dan kawalan jangkitan.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.