Hentikan pembakaran terbuka, talian hotline aduan pencemaran 1-800-88-2727


Aduan Pencemaran Alam Sekitar:-

Talian `Hotline' JAS: 1-800-88-2727
Aduan `Online' Sistem e-Aduan JAS: https://eaduan.doe.gov.my//eaduan/index.php

Sistem e-Aduan ini merupakan satu inisiatif yang diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan pertanyaan berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar serta aduan pencemaran pada bila-bila masa tanpa sempadan waktu dan jarak dengan mudah dan cepat. Sistem e-Aduan ini dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar.

Setiap pertanyaan dan aduan ini akan dikemukakan maklumbalas awal dalam tempoh tiga(3) hari waktu bekerja.


Jenis-jenis aduan dalam bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar
  • Pembakaran terbuka
  • Pelupusan Haram Buangan Terjadual
  • Pencemaran Air Daratan (Sungai,Tasik, Alurair) yang Disebabkan oleh Punca-Punca Industri
  • Pencemaran Udara (Kilang/Industri/Premis)
  • Pencemaran Udara (Kenderaan)
  • Tumpahan Minyak

Powered by Blogger.