Jumlah mangsa ekoran terhidu bau bahan kimia di sungai Kimkim kini 35 orang


Jumlah mangsa ekoran pembuangan bahan kimia di Sungai Kimkim, dekat Pasir Gudang, di sini kini 35 orang setakat 5 petang tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Dr Selahuddeen Abdul Azeez berkata 26 orang daripadanya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan selebihnya mendapat rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah.

"Daripada jumlah itu,16 merupakan pelajar sekolah manakala selebihnya adalah orang dewasa. - Bernama

Powered by Blogger.