Mana datang lembaga putih tu?


KEMUNCULAN kelibat lembaga putih dalam video lirik single terbaharu Ryan Deedat berjudul Monalisa mengejutkan ramai pihak termasuk penyanyi itu.


Ryan berkata,  dia mula menyedari perkara menyeramkan itu selepas membaca komen di YouTube bersama pihak pengurusannya, baru-baru ini.


"Mula-mula kami tak sedar pun ada penampakan lembaga putih tapi selepas seminggu dilancarkan, tiba-tiba ada beberapa komen di YouTube yang menyatakan ada melihatnya pada durasi 3.20 saat.


"Selepas meneliti semula rakaman video itu, kami baru perasan ada kehadiran lembaga yang tak dijemput. Saya juga ada meminta rakan-rakan terdekat untuk mengesahkan kelibat lembaga dalam video itu," katanya.


Menurut Ryan, selepas membaca komen yang ditinggalkan dia mula teringat situasi yang berlaku ketika proses rakaman.


"Memang kami ada rasa seram sejuk di kawasan itu tapi kami tak endahkan dan enggan fikir negatif.  Sebolehnya kami nak selesaikan tugasan penggambaran itu dengan cepat, tapi tak sangka pula ada kehadiran makhluk yang tak diundang di situ," katanya.


Ryan berkata, lokasi penggambaran ialah di belakang kawasan rumah kedai di Puchong, Selangor. - Harian Metro

Powered by Blogger.