Empat hari tayangan, Mael Totey The Movie kutip RM2.56 juta


Walaupun pertama kali mengarah filem, Syahmi Sazli membuktikan filem arahan dan lakonannya, Mael Totey The Movie berjaya mendapat sambutan apabila mencatat kutipan RM2.56 juta selepas empat hari ditayangkan di saluran Astro First. 


Syahmi yang sebelum ini dikenali menerusi segmen drama spontan di YouTube berkata, kejayaan ini memberi semangat baru buatnya untuk terus berkarya. 


"Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baru buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik," katanya. 


Kejayaan itu menjadikan filem Mael Totey The Movie sebagai filem pertama dengan kutipan paling tinggi di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya. 


Selain Syahmi, Mael Totey The Movie yang mengangkat genre komedi dibintangi selebriti YouTube seperti Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail. Ia turut dibintangi pelakon popular seperti Kamarool Yusoff, Aznah Hamid, Daler Yusof Hushairi Hussain dan penyampai radio Gegar, Ewan. - Harian Metro

Powered by Blogger.