Hilang kerja punca bekas juruterbang ditemui maut


Seorang bekas juruterbang ditemui maut selepas dipercayai terjun dari unit kondominiumnya di Puchong, dekat Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata mangsa berusia 36 tahun, dikatakan berbuat demikian kerana tertekan akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

"Kita ada terima laporan mengenai kejadian itu kelmarin.

"Mangsa dipercayai terjun dari kondominiumnya kerana dipercayai akibat tekanan diberhentikan kerja baru-baru ini," katanya pada BH, hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Taman Peringatan Jing An, dekat Kajang, jam 2.30 petang semalam bagi upacara sembahyang sebelum dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Cheras. -- BERITA HARIAN
Powered by Blogger.