30 dikompaun gagal patuh SOP penjarakan sosial


Seramai 30 warga tempatan masing-masing dikompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata jumlah itu termasuk 11 lelaki dan seorang wanita yang berkumpul di kawasan parkir sambil minum alkohol.

"Kesemua mereka ditahan di dua tempat meletak kenderaan berasingan di Saradise BDC dan City Square, Pending," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, 18 lagi individu dikompaun membabitkan 11 lelaki dan tujuh wanita di sebuah premis makanan di Jalan Tun Jugah.

Katanya, mereka adalah 17 pelanggan dan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis terbabit.

"Mereka dikompaun kerana duduk dalam keadaan terlalu rapat antara satu sama lain," katanya.

Beliau menjelaskan, semua individu terbabit turut diarahkan ke balai polis untuk tindakan lanjut, manakala kompaun perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.