Pemandu langgar Koperal Safwan direman 3 hari lagi
Sebelum ini, suspek berusia 44 tahun itu direman selama empat hari berakhir semalam mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan perkembangan itu dalam satu kenyataan ringkas kepada media, hari ini.
"Suspek tidak akan dituduh di mahkamah esok, sebaliknya disambung reman sehingga 8 Mei (esok)," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.
Post a Comment