15 pelajar sekolah agama alami simptom muntah, sesak nafas di Johor


Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu, petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada 3.39 petang, sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke lokasi untuk memeriksa keadaan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara. Terdapat 15 pelajar didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

“Pasukan EMRS BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima pelajar tersebut ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan EMRS Johor Bahru telah sampai ke lokasi untuk memberi bantuan dan tempat untuk nyah cemar juga sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Satu sidang media turut dijangka diadakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pauzan Ahmad pada bila-bila masa berhubung kes itu.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.