Lima RUU diluluskan Dewan Rakyat


Dewan Rakyat hari ini meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) berkaitan dengan kastam, eksais dan cukai berikutan keputusan kerajaan menjadikan Pulau Pangkor destinasi baharu zon bebas cukai.

Lima RUU itu adalah RUU Kastam (Pindaan) 2019; RUU Eksais (Pindaan); RUU Zon Bebas (Pindaan) 2019; RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2019 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pangkor akan dijadikan destinasi baharu zon bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pusat peranginan di perairan Perak itu.

Kerajaan turut memperuntukkan kemudahan bebas cukai kepada pengusaha kedai di Pelabuhan Swettenham, dekat Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama taraf Pulau Langkawi sebagai zon bebas cukai juga akan diperkembangkan.

Amiruddin yang menggulung perbahasan kelima-lima usul itu berkata langkah menaiktaraf lapangan terbang Pulau Pangkor membabitkan perbelanjaan pembangunan yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Powered by Blogger.