Dari Jenama Kereta Sampai Minuman, Ini 6 Jenama Yang Promosikan Filem Avengers: Endgame

Marvel Studios sangat serius dalam mempromosikan filem Avengers: Endgame, walaupun filem ini sebenarnya tak perlukan promosi kerana ia sudah dinantikan bagi para penggemar filem superhero!

Seperti yang dipetik dari laman Cosmic Book News, filem yang diarahkan oleh Russo Brothers ini telah mendapatkan dana sebanyak US$ 200 juta (sekitar RM 800 Juta) untuk mempromosikan filem ini, sekaligus menjadi filem Marvel pertama yang mendapatakan dana terbesar mengalahkan filem Avengers: Infinity War dengan $ 150 juta , Spider-Man: Homecoming dengan US$ 140 juta dan filem Guardian of The Galaxy Vol. 2 dengan US$ 80 juta.

Marvel Studios telah memilih beberapa jenama terkemukan ntuk mempromosikan filem Avengers: Endgame dan berikut ini adalah jenama-jenama tersebut:

1. McDonald’s

Dalam mempromosikan filem Avengers: Endgame, McDonald’s bersama Marvel Studios akan mengeluarkan patung permainan sebanyak 24 karakter dari filem Avengers: Endgame, selain itu melalui aplikasi telefon pintar McDonald’s para peminat dapat membuka 7 karakter yang dikunci dan video behind the scenes dari filem tersebut.

2. Hertz

Syarikat yang terkenal dengan kereta sewa ini telah mengeluarkan sebuah iklan yang memiliki latar para Avengers yang sedang bertarung. Dalam video tersebut menampilkan pengalaman pengguna yang selamat menggunakan kereta yang disewa dari Hertz walaupun sejumlah karakter seperti Captain Marvel dan Iron Man sedang menyasarkan tembakan laser di jalanan.

3. Geico

Sebuah syarikat Insuran Geico juga melancarkan sebuah iklan yang menampilkan seekor cicak yang sedang membayangkan apa yang terjadi jika dia memiliki infinity gauntlet dan menggunakan kekuatan tersebut. Ini menjadi kali ketiga Geico bekerja sama dengan MCU, setelah dengan dua filem MCU yang lain seperti Avengers: Infinty War dan Guardian of The Galaxy Vol. 2.

4. Audi

Syarikat pengeluar kereta dari Jerman iaitu Audi telah menghasilkan dua video iklan untuk filem Avengers: Endgame. Di video pertama menampilkan Robert Downey Jr alias Tony Stark dan Audi Head of Design Marc Lichte sedang berbincang tentang konsep rekaan dari kereta Audi e-tron GT, sedangkan pada video kedua menampilkan pengalaman bermain permainan virtual reality (VR) Marvel’s Avengers: Rocket’s Rescue Run.

Dengan memandi kereta Audi e-tron para pemain akan merasakan sensasi pergerakan yang sama antara di dalam game dan pergerakan kereta.

5. Coca Cola


Syarikah pengeluar minuman terbesar dari Amerika Syarikat ini melantik artis pop terkenal iaitu Tom Whelan untuk mengeluarkan minuman tin yang bergambarkan para anggota The Avengers seperti Thor, Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Ant-Man, War Machine, Nebula, Black Widow, Ronin, dan Hulk.
Powered by Blogger.