Celcom Pertonton Kebolehan 5G Mereka Dengan Kereta Pandu Sendiri
Di sini, beberapa penyedia perkhidmatan telah pun mula menguji kemampuan 5G mereka baru-baru ini dan Celcom Axiata adalah salah satu daripadanya.
Menurut mereka, teknologi 5G ini bukanlah semata-mata berkaitan dengan kelajuan, namun ia turut memberikan kemungkinan tanpa batas kepada kehidupan hari ini.
Ia termasuklah kepada pemanduan kereta tanpa pemandu yang telah dipertontonkan dalam satu video di kicauan Twitter rasmi mereka @Celcom baru-baru ini.
Presenting the 5G Autonomous Car, powered by Celcom. Any guesses on what this car can do?#ProgressingHumanity #5GMalaysia pic.twitter.com/d1AIofJhuR— Celcom Axiata (@Celcom) April 16, 2019
Ta-da! A self-driving car powered by Celcom. Isn’t it cool? #5GMalaysia #ProgressingHumanity pic.twitter.com/LcWRIIJdWY— Celcom Axiata (@Celcom) April 16, 2019
Kereta yang digelar sebagai 5G Autonomous Car ini diuji oleh Celcom untuk menunjukkan kebolehan 5G seiring dengan pengumuman mereka sebelum ini.
Celcom turut akan menpertontonkan demonstrasi lain seperti persidangan video holografik, permainan VR masa nyata serta pengalaman VR 4K secara langsung sempena “5G Malaysia Showcase” yang bakal dianjurkan di Putrajaya 20 & 21 April ini.
Sumber: @Celcom
Post a Comment