Cabutan Rezeki IKHLAS Menanti Pengunjung Di MSAM 2019
Takaful IKHLAS menganjurkan Cabutan Rezeki IKHLAS khas untuk para pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 yang bakal berlangsung bermula 19 April ini di Sungai Petani.
Pengunjung yang menyertai pelan-pelan perlindungan takaful keluarga semasa MSAM 2019 layak menyertai Cabutan Rezeki IKHLAS dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu produk unit ASNB yang bernilai RM5,500 RM 4,500 atau RM3,500, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Manakala bagi pengunjung yang menyertai pelan perlindungan takaful am Takaful IKHLAS pula berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu perlindungan kemalangan peribadi Takaful IKHLAS dengan jumlah dilindungi sebanyak RM500,000, RM300,000 atau RM 200,000.
Selain itu, acara Cabutan Rezeki ini juga menyediakan pelbagai hadiah harian seperti barangan elektrik, jam kesihatan ‘Fitbit’ atau produk unit ASNB yang bernilai RM100 untuk dimenangi oleh para pengunjung yang mendapatkan produk-produk perlindungan takaful daripada Takaful IKHLAS.
MSAM adalah sebahagian daripada usaha sosial Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi mendidik masyarakat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.
Bersempena dengan MSAM 2019, Takaful IKHLAS telah menyusun pelbagai aktiviti menarik di ruang pamerannya untuk para pengunjung daripada 19 April hingga 25 April di Perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani.
Menurut kenyataan itu lagi, Takaful IKHLAS turut menyokong usaha PNB ini dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan tahap celik pelaburan dan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Para pengunjung boleh mengunjungi ruang pameran Takaful IKHLAS untuk mengetahui lebih lanjut serta mendapatkan produk-produk perlindungan takaful antaranya IKHLAS Value Term Takaful, IKHLAS Education Takaful Plus, IKHLAS Basic Hospital Income Benefit Takaful, IKHLAS Motor P.A.Takaful, IKHLAS Kembara P.A. Takaful, IKHLAS Houseowner / Householder Takaful dan sebagainya.
Takaful IKHLAS turut menaja program TV AlHijrah, ‘Sila Duduk Jangan Lari pada 19 April, jam 9 malam di Pentas Utama.
Rancangan ini akan bersiaran secara langsung dan membincangkan topik kewangan islam bersama panel-panel terkemuka.
--BERNAMA
Post a Comment