ASUS ROG Bersama Syarikat Kumpulan BMW Hasilkan Komputer Riba ‘Gaming’


Sebut mengenai ASUS ROG pasti ramai gamer diluar sana cukup tahu mengenai keupayaan jenama ini dalam menawarkan desktop, komputer riba serta telefon pintar berkualiti dan berspesifikasi tinggi. Rekaannya yang memukau antara yang membuatkan model keluaran mereka sentiasa menjadi dambaan para gamers.


Terbaru, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah bekerjasama bersama syarikat kumpulan BMW, Designworks dalam menghasilkan komputer riba gaming yang lebih canggih dan futuristik. Memandangkan BMW terkenal sebagai jenama mewah, gabungan dua syarikat ini bakal turut menyaksikan sebuah komputer riba gaming yang premium. - The Vocket 
Powered by Blogger.