Anti pencatutan dan Barangan Kawalan


Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk mendapat harga barang yang berpatutan.

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan.

Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.

Powered by Blogger.