Agong dan Permaisuri Lepaskan 100 Pendaki Bukit Fraser


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permasuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskanadar Al-Haj berkenan melepaskan 100 pendaki di Bukit Fraser dalam acara penuh simbolik pagi tadi.

Istiadat kehormat dimulakan dengan perbarisan diketuai oleh Pegawai Kanan Pesuruhjaya Bomba Haziq Hazmi bersama anggota pendakian dan pengurniaan kain rentang dan empat bendera sebagai bentuk sokongan kepada pasukan pendaki.

Upacara perlepasan bermula jam 9 pagi dan gimik perlepasan disempurnakan oleh pasangan diraja di Menara Jam Bukit Fraser disaksikan hampir 300 pengunjung.

100 pendaki yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia,  Akademi Bomba Penyelamat Wilayah Tengah,  kakitangan Hospital Sultan Ahmad Shah,  pengamal media,  serta penduduk kampung Bukit Fraser menawan puncak Pine Tree Hills yang berketinggian 1,448 meter.

Program 100 pendaki sempena sambutan 100 tahun Bukit Fraser ini dianjurkan oleh Kelab Media Pahang bersama Tourism Pahang dan Jabatan Bomba Penyelamat Negeri Pahang mensasarkan peserta mendaki selama empat untuk sampai ke puncak.

Turut berlangsung lawatan serta majlis ramah mesra bersama penduduk setempat, dan acara permainan golf diraja serta persembahan majlis perasmian sempena meraikan satu abad pembangunan di Bukit Fraser.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,  dan barisan pegawai jabatan dan agensi terlibat.
Powered by Blogger.