Pelukan 10 saat Merupakan Elemen Penting Dalam Mengukuhkan Institusi Kekeluargaan.


Ibu bapa perlu sedar betapa besar dan pentingnya peranan mereka dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak yang lahir di zaman sekarang.

Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan, ia bukan sahaja memberi kesan kepada emosi anak-anak malah membuka peluang untuk mereka mencari ketenangan di luar.  

Akibatnya, mereka mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan yang senasib dan terjebak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan membahayakan diri mereka sendiri. 

Peruntukkan sekurang-kurang 10 SAAT sehari secara konsisten untuk anda berikan pelukan mesra dan luangkan masa dengan anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang.


Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Powered by Blogger.