Konsert Westlife di Malaysia Ogos ini


Kumpulan boyband antarabangsa popular 90-an, Westlife umum akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.

Kumpulan itu mengumumkan tarikh konsert jelajah The Twenty Tour tersebut melalui akaun Instagram pada Khamis.

Selain Malaysia, kumpulan yang kini dianggotai Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan itu akan turut singgah di Thailand, Macau, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Konsert itu dijangka bermula pada 26 Julai di Bangkok, Thailand dan berakhir di Singapura pada 10 Ogos.

Apa yang lebih menarik, Westlife memilih mengadakan konsert di Malaysia selama dua hari berturut-turut.

Kali terakhir Westlife mengadakan konsert di negara ini ialah pada 2011, yang merupakan sebahagian daripada konsert jelajah The Gravity Tour. - Front Desk
Powered by Blogger.