Cadangan pusat sukan oleh persatuan Sikh untuk semua kaum - Gobind
Permohonan Selangor Sikh Association (SSA) untuk pembinaan sebuah pusat sukan adalah untuk kegunaan semua kaum.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata beberapa cadangan telah dikemukakan bagi perkara itu dan beliau akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan Negeri Selangor.
“Sukan menyatupadukan kita semua. Mana jua pusat sukan mesti untuk kegunaan semua dan bukan hanya untuk mana-mana pihak tertentu sahaja,” katanya dalam catatan di akaun Facebook.
Beliau sebelum ini disalah lapor sebagai berkata sebuah pusat sukan untuk komuniti Sikh akan dibina di Selangor tidak lama lagi. - Bernama
Post a Comment