7 Teknik Solekan Untuk Mekap Yang Flawles
1. Primer selepas pelembap, sebelum foundation
Jangan sengaja meninggalkan pelembap. Primer tidak mungkin melembapkan wajah, ia hanya krim yang mencantikkan dan mengekalkan foundation tahan lebih lama di kulit muka.
2. Pakai pembayang mata terlebih dahulu
Sebelum meletakkan base dan bedak asas pada wajah, pakai eyeshadow terlebih dahulu kerana lebih mudah membersihkan kotoran di bawah mata tanpa merosakkan foundation.
3. Berus blending untuk solekan mata
Penting kerana berus ini bertujuan mengadun warna dan bukan menghilangkan warna. Penting untuk lembutkan solekan gandingan beberapa warna.
4. Oles foundation pada satu titik sebelum ke titik lain
Foundation bukan seperti skin care yang kamu boleh calit ke seluruh wajah sebelum sapuan sepenuhnya. Sekiranya foundation diletakkan pada pipi kanan, terlebih dahulu sebelum beralih pada bahagian-bahagian lain. Kalau dibiarkan foundation lama, teksturnya mungkin bertukar dan jadi kering.
5. Concealer perlu letak di atas foundation
Membetulkan kulit lebih sekata perlu dilihat selepas memakai foundation. Sekiranya ada bahagian perlu dibetulkan barulah oles concealer.
6. Kulit kering membuatkan kamu lebih berusia
Ini lah gunanya serum malam. Sebelum mengoles concealer pada bawah mata, campurkan sedikit serum malam. Hasilnya pasti menakjubkan.
7. Cara betul lembapkan bibir
Kerana pelembap bibir hanya meliputi lembapan 50% sahaja. Guna kain lembut untuk bersihkan bibir. Tekan lembut dan buang kulit kering sebelum sapuan balm atau krim rawatan bibir. Percayalah, kadang-kadang gincu atau pensil boleh jadi penyebab utama bibir kamu jadi kering.
Sumber: Cosmopolitan
Post a Comment